Hari khamis petang, dari kinabalu park, kita menuju ke bandar kinabalu, untuk hari yang kedua di sabah.
Hotel yang anak booking ialah hotel grandis, hotel ni tengah2 town, tepi laut lagi, hotel baru buka satu bangunan dengan suria sabah shopping complex. Memang cantik hotel ni, hotel bertaraf 4 bintang, berapa sewanya, entah, anak memang selalu berahsia tiap kali sewa hotel kalau pi makan angin.
Setelah check in, 3 bilik semuanya, kaknab dengan suami, besan suami isteri, anak dan keluarganya. Check in pun agak lewat, pukul 3.30 ptg.
Setelah solat jamak qasar, semua pakat berehat, tidur sementara tunggu petang untuk makan dinner.
Malam pi makan dinner seafood kat dataran tepi laut, memang enjoy sebab makanan laut agak murah kalau compare dengan di semenanjung.
Dua malam di KK makan 6 dewasa dua kanak 2 cuma rm280 sekali makan, jadi dua hari berturut rm560 semuamta. Consider very cheap la, lobster, ketam tang padat isinya, udang besar, sotong dan ikan yang segar. Sedap pula masakannya. Kedai yang kami pi blh rekomen tanda kedai tu sarung kerusinya kolor pink terang.
Ni menu malam pertama
Ikan siakap 3 rasa
Ikan merah masak cabai
Sotong tepung
Ketam
Udang
Lobster
Sayur goreng pucuk paku (xsempat ambik gambar)
![]() |
Ketam |
![]() |
Sotong goreng tepung |
![]() |
Ikan siakap 3 rasa |
![]() |
Lobster |
![]() |
Ikan merah masak cabai |
Malam kedua
Ikan pari bakar bersos
Ikan siakap kukus
Udang harimau
Siput scallop
Rumpai laut
Kangkong goreng
Tomyam udang tak pedas untuk kanak
![]() |
Udang goreng dengan tanghoon |
![]() |
Sauur kangkung |
![]() |
Ikan siakap kukus |
![]() |
Rumpai laut |
![]() |
Soput scallop |
![]() |
Ikan pari bakar |
![]() |
Udang harimau |
![]() |
Ni siput kelapa, besar siput ni |
![]() |
Ni siput scallop sebelum masak |
![]() |
Add caption |
No comments:
Post a Comment