Thursday, May 11, 2017

jalan jalan ke Kota Kinabalu (part 2)

SetelaSelkfast kat hotel pine kinabalu kundasang, kami plan nk pi ladang ternakan lembu, jln berbukit agak curam, kereta alphad yang kami sewa xlarat nk naik jalan slope yang tinggi, lalu tak jadi pi ke ladang, menantu telefon syarikat rent a car, tukar kereta yang lebih elok dan mampu naik bukit kerana, jalan di sabah banyak berbukit2 di pendalaman, di bandar tidak menjadi masaalah, jalan rata dan lurus.

Pihak rent a car, setuju untuk menukar kereta lain. Sementara nak tunggu dia datang bawa kereta baru, kami pi tengok ikan kelah di ranau dulu.

Ikan kelah yang dibela jinak, tidak lari apabila kita memberi dia makan, dia mengigit lembut kaki kita, memang teruja dan enjoy.

Tiap2 kumpulan yang masuk dikenakan 5.00 tiap seorang, boleh melayan ikan selama 20 minit, charge membawa camera juga dikenakan setiap group sebanyak 3.00. Memang rugi kalau tak rakam gambar di situ. Besar besar ikan kelah di situ. Selain ikan kelah, ikan lampam dan ikan keli pun ada, berenang datang pada kita.


















No comments:

Post a Comment