Sunday, May 14, 2017

jalan jalan ke kota kinabalu, bermain air di pulau manukan.

Jum sambung.

Hari jumaat, hari kedua di sabah, selepas sarapan pagi di hotel, kami terus ke Jesselton point, untuk ke jetty menaiki boat ke pulau manukan.

Pulau manukan antara pulau yang tervesar antara 5 pulau yang terdekat dengan kota kinabalu, Anak kaknab chartered satu boat kami sahaja pergi dan balik dengan cos rm300. Senang kita chatered satu boat, bila nk pi atau nak balik, xpayah tunggu orang cukup baru boleh jalan. Tapi sedikit lebih ja bayaran dari beli tiket biasa.

Bertolak dari jesselton point dalam pukul 9.30 pagi. Mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pulau manukan.
Anak suruh boat datang ambik pada pukul 12.00 jadi lebih kurang 3 jam dapat main air, kira cukup lah tu.

Orang ramai di tepi pantai, tapi masih ada ruang untuk cucu cucu bermain air.
Pemandangan memang cantik, air yang jernih, boleh melihat ikan berenang dengan mata kasar
Masuk saja kami dikenakan 3.00 yuran tiap tiap seorang.

Pasir pantai agak kasar dan tidak begitu putih. Kaknab sudah pi pulau mabul,  dekat semporna, lagi cantik pantai pasir halus yang putih gebu. Orang pun tak ramai di pantai pulau mabul, mungkin jauh kut, perjalanan mengambil sejam dari semporna.




















Saturday, May 13, 2017

jalan jalan ke kota kinabalu, sabah (part 4)

Ok, sekarang kita sambung part 4 jalan jalan ke kota kinabalu, sabah.
Hari khamis petang, dari kinabalu park, kita menuju ke bandar kinabalu, untuk hari yang kedua di sabah.

Hotel yang anak booking ialah hotel grandis, hotel ni tengah2 town, tepi laut lagi, hotel baru buka satu bangunan dengan suria sabah shopping complex. Memang cantik hotel ni, hotel bertaraf 4 bintang, berapa sewanya, entah, anak memang selalu berahsia tiap kali sewa hotel kalau pi makan angin.

Setelah check in, 3 bilik semuanya, kaknab dengan suami, besan suami isteri, anak dan keluarganya. Check in pun agak lewat, pukul 3.30 ptg.
Setelah solat jamak qasar, semua pakat berehat, tidur sementara tunggu petang untuk makan dinner.














Malam pi makan dinner seafood kat dataran tepi laut, memang enjoy sebab makanan laut agak murah kalau compare dengan di semenanjung.

Dua malam di KK makan 6 dewasa dua kanak 2 cuma rm280 sekali makan, jadi dua hari berturut rm560 semuamta. Consider very cheap la, lobster, ketam tang padat isinya, udang besar, sotong dan ikan yang segar. Sedap pula masakannya. Kedai yang kami pi blh rekomen tanda kedai tu sarung kerusinya kolor pink terang.

Ni menu malam pertama
Ikan siakap 3 rasa
Ikan merah masak cabai
Sotong tepung
Ketam
Udang
Lobster
Sayur goreng pucuk paku (xsempat ambik gambar)
Ketam

Sotong goreng tepung

Ikan siakap 3 rasa

Lobster

Ikan merah masak cabai

Malam kedua
Ikan pari bakar bersos
Ikan siakap kukus
Udang harimau
Siput scallop
Rumpai laut
Kangkong goreng
Tomyam udang tak pedas untuk kanak



Udang goreng dengan tanghoon

Sauur kangkung

Ikan siakap kukus

Rumpai laut

Soput scallop

Ikan pari bakar

Udang harimau
Ambik pula gambar sebelum masak

Ni siput kelapa, besar siput ni

Ni siput scallop sebelum masak
 Nni ialah udang harimau, besar sekilo cuma 6 ekor saja, rm120 sekilo.

Add caption



Thursday, May 11, 2017

jalan jalan ke Kota Kinabalu Sabah (part 3)

Lepas tengok ikan kami pun beredar menuju semula ke kinabalu park, tujuan untuk menunggu kereta yang rent a car nk tukar, kalau dia datang cepat dapat la pi ke ladang lembu ternakan kundasang, tunggu punya tunggu hampir sejam, kami pun beredar dan berjanji tukar kereta semasa dalam perjalanan, dia pun bagi plate no. Kalau jumpa selisih di tengah jalan boleh lah tukar kereta, senasa di kinabalu park sempat rakam gambar untuk kenangan, kinabalu park adalah tempat point pertama pendaki2 gunung kinabalu bermula. Kerana ia kaki gunung, memang sejuk kat situ. Kaknab sempat merakam gambar untuk kenangan.












Dalam perjalanan turun memuju ke bandar kinabalu, dalam perjalanan memang berselisih dengan kereta yang hendak ditukar, lega dapat kereta yang agak elok sikit, kereya mula pun mmg elok juga cuma tak berdaya naik bukit, sewa mahal.
Perjalanan menuju ke bandar kinabalu memang bengkang bengkok sepanjang masa dari kundasang, siapa yang yidal tidak tahan dinasihat bawa beg plastik kalau kalau termuntah kerana pening.

jalan jalan ke Kota Kinabalu (part 2)

SetelaSelkfast kat hotel pine kinabalu kundasang, kami plan nk pi ladang ternakan lembu, jln berbukit agak curam, kereta alphad yang kami sewa xlarat nk naik jalan slope yang tinggi, lalu tak jadi pi ke ladang, menantu telefon syarikat rent a car, tukar kereta yang lebih elok dan mampu naik bukit kerana, jalan di sabah banyak berbukit2 di pendalaman, di bandar tidak menjadi masaalah, jalan rata dan lurus.

Pihak rent a car, setuju untuk menukar kereta lain. Sementara nak tunggu dia datang bawa kereta baru, kami pi tengok ikan kelah di ranau dulu.

Ikan kelah yang dibela jinak, tidak lari apabila kita memberi dia makan, dia mengigit lembut kaki kita, memang teruja dan enjoy.

Tiap2 kumpulan yang masuk dikenakan 5.00 tiap seorang, boleh melayan ikan selama 20 minit, charge membawa camera juga dikenakan setiap group sebanyak 3.00. Memang rugi kalau tak rakam gambar di situ. Besar besar ikan kelah di situ. Selain ikan kelah, ikan lampam dan ikan keli pun ada, berenang datang pada kita.