Hari jumaat, hari kedua di sabah, selepas sarapan pagi di hotel, kami terus ke Jesselton point, untuk ke jetty menaiki boat ke pulau manukan.
Pulau manukan antara pulau yang tervesar antara 5 pulau yang terdekat dengan kota kinabalu, Anak kaknab chartered satu boat kami sahaja pergi dan balik dengan cos rm300. Senang kita chatered satu boat, bila nk pi atau nak balik, xpayah tunggu orang cukup baru boleh jalan. Tapi sedikit lebih ja bayaran dari beli tiket biasa.
Bertolak dari jesselton point dalam pukul 9.30 pagi. Mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pulau manukan.
Anak suruh boat datang ambik pada pukul 12.00 jadi lebih kurang 3 jam dapat main air, kira cukup lah tu.
Orang ramai di tepi pantai, tapi masih ada ruang untuk cucu cucu bermain air.
Pemandangan memang cantik, air yang jernih, boleh melihat ikan berenang dengan mata kasar
Masuk saja kami dikenakan 3.00 yuran tiap tiap seorang.
Pasir pantai agak kasar dan tidak begitu putih. Kaknab sudah pi pulau mabul, dekat semporna, lagi cantik pantai pasir halus yang putih gebu. Orang pun tak ramai di pantai pulau mabul, mungkin jauh kut, perjalanan mengambil sejam dari semporna.