Ini ialah kali kedua kaknab pergi ke hatya, kali pertama kaknab menginap di Hotel Centara 2 malam. Kali ni ingat nak balik hari saja, tapi kesudahannya memang lah agak terdesak mengejar masa. lain kali kena sewa hotel juga.
kaknab ada post jalan jalan ke hatyai dalam blog kaknab jom jahit jom masak http://kaknab-jomjahit.blogspot.com/search/label/Jalan%20jalan%20ke%20hatyai
Keretapi tiba ke stesen Sungai Petani pukul 7.00 pagi, sampai di Padang besar pukul 9.00 pagi. tapi kena tunggu kepala keretapi dari thailand, punya lah lama, Kami kena tunggu sampai pukul 12.00 baru dapat bertolak dari Padang Besar ke Hatyai. Perjalanan mengambil sejam saja. Yang menunggu kepala dari Siam yang lambat bebenor. Cemuih aih tunggu kat stesen Padang Besar.
Sampai di Hatyai, kami jalan kaki saja, ronda2 pekan Hatyai. Ingat nak beli durian siam, tapi tak banyak yang jual kat tepi jalan, mungkin ada jual kat pasar Hatyai, tapi kami tak sempat pergi ke Pasar.
Singgah kat warung tepi jalan, makan nasi kuning dengan ayam goreng, sedap juga. air tembikai pun pekat dan sedap. sepinggan nasi dan air tembikai rm8 seorang,
Pusing pi pusing mai dah hampir pukul 2.30 petang, keretapi dari Hatyai bertolak pukul 4 petang, solat pun belum lagi. Suami beli mempelam berkilo2 borong dengan makcik2 yang jual tepi jalan, bawa sampai nak senget bahu. hehe. beli buah anggor besar gedebak, harga sekilo 140 bht, beli biji janggus 2 kilos 340 bhat, Buah berangan 170 bht sekilo.
Sampai kat setesen Hatyai pukul 3.00 petang, masuk surau sembahyang jamak qasar zohor n asar, suami beli beg pinggang kat setesen keretapi 200 bht. murah sikit dari kat pekan hatyai, kat kedai dalam pekan memang katok habis.
kaknab suka ambik gambar pemandangan sawah padi semasa keretapi berjalan. memang cantik.
buah anggor yang besar gedebak, mamang canggih teknoloji pertanian siam |
No comments:
Post a Comment