Saturday, May 2, 2015

jalan jalan 3 hari 2 malam di langkawi (part 1)

Pukul 9 10 pagi train sampai arau. Naik taxi ke kuala perlis tambang dikenakan rm26. Sampai di kuala perlis singgah makan di restaurant depan jeti terlupa dah mamanya xambik gambar pula. 2 orang makan roti canai dengan beli nasi bungkus siap2 untuk makan lunch di langkawi, rm20.60. Boleh tahan mahal juga cuma murah sikit dari langkawi tempias juga ya. kami beli nasi kat kuala perlis kerana dah tau makanan kat langkawi memang mahal gila.

Beli tiket ferry rm18 pukul. 10.45 ferry bertolak. Ferry penuh sebab cuti hari pekerja sekali dengan wesak day weekend lagi. Perjalanan hampir sejam. Besar ferrynya tak terasa goyang langsung. best juga.

Sampai di jeti langkawi naik taxi rm8 untuk ke hotel bayview Kuah pukul 12.30 hari. Oleh kerana anak kaknab belum sampai lagi dari kl dengan flight kami check in dulu bilik mmg dia booking awal. Nasib baik boleh masuk awal dulu.

bilik kaknab di tingkat 11. bilik luas dan selesa. berapa sewanya, xtau sebab semua anak yang bayar. terima kasih anak mak.Anak sengaja sewa kat pekan Kuah supaya dekat kami shopping. kenderaan kegunaan dipulau di sewa kereta toyata astima selama 4 hari. sehari rm200. 4 hari jadi rm800.

tiket ferry

menunggu ferrry

pemandangan dalam ferry. 


luas juga

Add caption


kolam mandi di tingkat 3

minuman yang disediakan

bath tub

tandas yang bersih dan cantik

sejadah pun disediakan

pandangan dari bilik hotel

langkawi plaza

yang bumbung putih khemah tu uptown

tokwan dengan cucu posing sikit


iron n iron board pun disediakan
Menginap di hotel Bayview hanya satu malam, malam kedua dan ketiga menginap pula di hotel Andaman, kaknab di sini semalam saja, anak kaknab pula  2 malam.

untuk cerita seterusnya, bersambung ke part 2,

No comments:

Post a Comment