Sunday, May 31, 2015

Jalan Jalan ke kota baharu, kelantan

Masa kaknab post  entry ni kaknab berada di bilik tune hotel, jalan hamzah, Kota Baharu, Kelantan.

Kaknab memang suka ke kota baharu ni  dulu, kerana suasana yang ramai orang melayu. Pi makan kat mana fast food pun memang tak was was lagi guarantee halal. Sebab semua staff nya semua melayu. Macam tadi kaknab makan chicken rice shop.

Chicken rice shop ni terletak di  bangunan KB MALL, kota baharu, kelantan.





Lobby tune hotel

Pemandangan dari bilik hotel

Friday, May 8, 2015

jalan jalan ke hatyai balik hari

Hari Rabu 6/5/15, kaknab dengan husband pi hatyai. tidak bermalam disana. kami pergi dengan keretapi, tambang dari sungai Petani ke Hatyai untuk orang pencen ialah rm16.

Ini ialah kali kedua kaknab pergi ke hatya, kali pertama kaknab menginap di Hotel Centara 2 malam. Kali ni ingat nak balik hari saja, tapi kesudahannya memang lah agak terdesak mengejar masa. lain kali kena sewa hotel juga.
kaknab ada post jalan jalan ke hatyai dalam blog kaknab jom jahit jom masak http://kaknab-jomjahit.blogspot.com/search/label/Jalan%20jalan%20ke%20hatyai

Keretapi tiba ke stesen Sungai Petani pukul 7.00 pagi, sampai di Padang besar pukul 9.00 pagi. tapi kena tunggu kepala keretapi dari thailand, punya lah lama, Kami kena tunggu sampai pukul 12.00 baru dapat bertolak dari Padang Besar ke Hatyai. Perjalanan mengambil sejam saja. Yang menunggu kepala dari Siam yang lambat bebenor. Cemuih aih tunggu kat stesen Padang Besar.

Sampai di Hatyai, kami jalan kaki saja, ronda2 pekan Hatyai. Ingat nak beli durian siam, tapi tak banyak yang jual kat tepi jalan, mungkin ada jual kat pasar Hatyai, tapi kami tak sempat pergi ke Pasar. 

Singgah kat warung tepi jalan, makan nasi kuning dengan ayam goreng, sedap juga. air tembikai pun pekat dan sedap. sepinggan nasi dan air tembikai rm8 seorang, 

Pusing pi pusing mai dah hampir pukul 2.30 petang, keretapi dari Hatyai bertolak pukul 4 petang, solat pun belum lagi. Suami beli mempelam berkilo2 borong dengan makcik2 yang jual tepi jalan, bawa sampai nak senget bahu. hehe. beli buah anggor besar gedebak, harga sekilo 140 bht, beli biji janggus 2 kilos 340 bhat, Buah berangan 170 bht sekilo. 

Sampai kat setesen Hatyai pukul 3.00 petang, masuk surau sembahyang jamak qasar zohor n asar, suami beli beg pinggang kat setesen keretapi 200 bht. murah sikit dari kat pekan hatyai, kat kedai dalam pekan memang katok habis. 

kaknab suka ambik gambar pemandangan sawah padi semasa keretapi berjalan. memang cantik.











buah anggor yang besar gedebak, mamang canggih teknoloji pertanian siam


Thursday, May 7, 2015

Hotel Andaman Langkawi

bersambung 3 hari 2 malam ke langkawi

Setelah check out hotel bayview kami pun terus menuju ke hotel tepi pantai untuk hari yang kedua dan ketiga. Pantai apa xtau lah, mungkin pantai kok agaknya, tak perasan pula. hotel yang akan kami inap seterusnya ialah hotel Andaman. Jauh juga hotel ni dari pekan Kuah. jalan pun bengkang bengkok untuk sampai ke hotel ni. Macam hotel the Swiss garden kat Lumut,

Bila sampai saja, Oooh memang cantik hotel ni, dikelilingi hutan dan berhadapan laut, pantai pun macam pantai private saja. Hotel 5 bintang, mahalnya, tak apa kata anak kita relax di sini, sambil menikmati kehijaun pokok2 disekeliling hotel.

Memang kelas hotel ni, padanlah banyak pelancung dari luar negeri menginap di sini.

pemandangan dari balcony bilik

tupai sedang makan jantang pisang, cute

baru sampai

wefie dengan penyambut tetamu kat depan hotel. macam hang tuah

my hubby pun selfie sama

kat entrance hotel



its me

sorang sekali posing

cucu maktok main air kolam

ada rainbow pula

papa dengan anaknya main pasir

ni maktok konon cari siput remis, haram xdak pun

pemandangan kolam yang cantik


poster kat dinding

kat kolam ikan

besar besar ikan kap kat sini


jalan menuju ke bilik, tengok tu hutan

bilik 346

aku ambik gambaq hang, hang ambik gambaq hang

pemandangn pantai dari balcony bilik

bilikair yang cantik







disediakan iron and ironboard, senang kalau baju kedut

monyet curi makan buah mangga dari bilik sebelah kaknab



berehat di pantai

Add caption

basuh kaki dulu sebelum naik ke bilik


monyet meronda cari makan.




Hotel dalam hutan, monyet banyak cuba naik masuk dalam dalam bilik. pintu balcony kena dok tutup selalu. kebetulan kaknab tutup je xkunci, pandai pula monyet2 tu masuk siap ambik chokelat, dan kacang yang disediakan dalam laci, jadi kaknab inform hotel monyet dah makan kacang, biskut dan chokelat, kalau tidak kita kena bayar, makanan ringan yang disediakan dalam laci mahal harganya,

tupai pun banyak melompat dari satu pokok ke pokok lain. mat mat saleh memang suka hotel macam ni, sebelah hutan sebelah laut. masa kami menginap pun melayu tak banyak family kaknab dengan lagi satu keluarga melayu dari singapore. mat saleh banyak lah, untung sebab duit mereka lebih besar dari ringgit malaysia. mahal pun tak terasa sangat, satu malam yang facing laut, rm950.

sebab hotel ni jauh ke dalam agak payah nak keluar cari kedai makan mau tak mau kena order makan dalam bilik lah jawabnya.

ni lah makan room service. mi sup, nasi goreng, sandwich, dan fish and chip. berapa kena mestilah mahal, hotel 5 bintang.