Tuesday, April 21, 2015

jalan jalan ke tawau, semporna, pulau mabul, sabah

Jom kaknab cerita pengalaman kaknab pi ke sabah, iaitu Tawau,Semporna dan Pulau Mabul dengan suami dan anak yang ke empat.

Pulau Mabul memang cantik, dengan airnya yang jernih dan kaknab yang tak biasa snorkeling, pertama kali pun dapat menikmati keindahan dasar laut dengan batu karang dan ikan yang berwarna warni, Subhanallah keindahan ciptaan yang maha Esa.

kaknab memang tak biasa snokel, berenang pun tak pandai, jadi kena pakai save vest, dan pelampung, anak dan suami cuma pakai save vest saja. itu pun kira seronok boleh tengok dasar laut yang sungguh menakjubkan.

kira percutian di mabul memang berbaloi. Ada rezeki dan panjang umur boleh datang lagi.

Sampai di Airport Tawau, dah ada transport yang menunggu untuk ke Semporna. Masa mengambil masa sejam, apa taknya driver tu bawa ya Allah punya la laju.
Pemandangan dari Tawau ke Semporna, tak ada yang menarik kecuali ;adang kepa;a sawit saja.

kami tinggal di mabul beach resort 3 hari 2 malam. service resort ini memang 1st class. makanan halal dan sedap pula. pengurusan resort oleh mat saleh. semua mesti punctual. package ni sepatutnya 4 kali snorkeling, tapi kami buat 3 saja. sebab hari yang ke empat memang penat dan kaknab dengan husband, kami dah veteran, memang tak larat lah nak snorkel. lagi pun pertama kali in life, memang lah memenatkan, tambah pula badan ni kurang senaman tentu dia terkejut, nak berenang. walaupun satu sessi snorkel 1 jam, lain kali kena exercise lebih sikit kalau nak pi snorkel. tapi memang berbaloi, sebab cantik sangat di dasar laut, cuma sayang tak bawa camera kalis air, walaupun boleh sewa, mahal yang amat.

dari mabul kami bermalam di tawau menginap di hotel My Inn. hotel terletak di tengah bandar tawau, supaya senang kami nak ke pasar membeli udang untuk dibawa balik. lagi pun dekat hotel ni kedai makan banyak, kfc pun sebelah hotel ni saja.

Singgah di pasar gantung beli kain pulikat dan kain batik. kain batik dan pelikat di sini jauh lebih murah dari di medan. tapi tak dapat beli banyak takut berat naik flight,

Hasil laut di tawau memang murah. kira lah sekilo udang size Lyang harganya kat sungai petani rm60 kat tawau cuma rm25 saja. udang harimau size L cuma rm58 saja. dah murah kami beli 2 kilo serba satu. minta penjual tu pack dalam polythene dengan ais sekali dah jadi dekat 6 kilo. beli amplang (kerupok bulat2) dengan udang kering lah ikan bilis mau dekat 15 kilos. jadi kenalah tambah luggage 15 kilo extra rm26. boleh online sebelum berangkat, sib baik boleh top up luggage, kalau tidak tak boleh bawa semua.

banyak gambar ni, memang cantik sangat pemandangan


kaknab dan suami




bandar semporna

rumah disabah

jeti semporna


anak confirm bookings

atas bot nak ke mabul














perkampung bajau laut,

bilik yang kami sewa

depan chalet 

cantik kan


sunrise, waktu matahari terbit pukul 6 pagi


jeti mabul beach resort

sunrise


nampak dasar laut ni tepi saja




resort ni 5 bintang

nelayan bajau


rumah bajau laut









sunset at mabul








chalet yang kami inap

menu dinner

bandar tawau dari bilik hotel




cantik kan kat jeti









anak anak bajau 




ni resort kat kapalai di mana kami buat snorkeling













tapak sulaiman di dasar laut


penyu sedang berenang

kat tepi jeti saja

air yang jernih

ikan buntal dijual di market tawau


udang harimau l size rm58 saja








No comments:

Post a Comment