Monday, April 20, 2015

jalan jalan ke medan indonesia.

dari tanjung balai asahan, kami berangkat ke medan tinggal 2 malam di hotel aston grand city, medan, hotel 5 star, ramai orang singapore menginap di situ, untuk singapore duit depa nilai tinggi,

oleh kerana kami dah booking van dan driver melalui ajen jadi senang kemana kami pi pun dibawa oleh pak pendi supir.

oleh kerana kami sampai agak lewat petang, check in jadi malam tu kami tak ke mana, melepak dalam bilik saja, makanan pun order room service.

baru sampai

pemandangan jalan di medan dari tingkat 9 hotel

bandar medan dari tingkap hotel
keesokan pagi kami dibawa ke pasar ikan, bukan beli ikan, tapi kat situ dijual kain, apa saja yang kita mahu semua ada disitu. kaknab sempat beli 3 lai telekong, dan sepasang baju sulam. tak beli banyak sebab tujuan kita ke medan kerana urusan pernikahan anak. bukan nak shopping, suami pula beli lai kain pulikat. lagi pun, takut nanti luggage overloaded.

kami tak jalan sangat sebab cucu kaknab demam, udara di medan tak berapa bersih, jalan yang sibuk dan suhu yang agak panas.

kaknab dan anak pi ronda2 kat mall di medan, dengan menaiki betor 20 ribu rupiah pergi balik 40 ribu rupiah, supir betor tu tunggu lagi kami sampai kami habis shopping, mungkin susah nak dapat pelanggan dia sanggup tunggu. yang best kat shopping complex sana barang2 solek jauh lebih murah dari malaysia, kaknab beli loreal bb cream dan refill bedak maybelline dan pixy.

kaknab nasihat sapa2 nak pi medan jangan makan kat restoran yang ada harga, depa memang cekik darah. pi kedai makan yang ada menu dengan harga, kita dah tahu jadi tak kena tipu. di sana, rata2 peniaga tak jujur, susah nak dapat peniaga yang jujur.


kat airport kuala namu semasa nak pula pulang

No comments:

Post a Comment