Sunday, January 27, 2013

port dickson

25/1/13, aku, suamiku, anak keduaku herda bersama anaknya damia, anak keempatku herny. pergi bercuti relax relax di port dickson. kami menginap di hotel golden lexis water chalet, kerana anak ku herda, mahu aku dan abahnya memancing. chalet memang di atas air maka mudahlah kami membaling rod dari beranda bilik yang kami menginap. sampai di sana pukul 1.30 petang, tapi sebab ada bilik kosong, kami boleh check in walaupun belum pukul 3 petang.

Sampai sahaja di bilik, kami terus sembahyang jamak qasar kerana sudah masuk waktu zohor, habis saja solat, aku terus mula aktiviti memancing, air begitu tenang, menurut suamiku air sudah pasang, tapi tidak beralun langsung, ini bermakna ikan memang tidak aktiv mencari makan, kalau air tenang begini memang susah nak dapat ikan. memang benar kata suamiku, sepetang kami memancing haram satu ikan pun tidak dapat, apabila hampir maghrib, aku dapat sekor anak ikan kikik kecik konet, hahaha, geli hati pun ada\tengok ikan ni, kecik kan








No comments:

Post a Comment