Thursday, January 31, 2013

jalan jalan ke trengganu



jalan jalan ke bukit fraser


jalan jalan makan angin - fraser hill

baru baru ni pi jalan jalan fraser hill, jauh juga tempatnya, jalan pula bengkang bengkok macam ular kena palu, dalam kereta sib baik kaknab dok depan kalau dok belakang mau muntah taik ni. fraser hill memang cantik pemandangannya, dengan bangunan ala ala inggeris, sejuk nyaman, tapi tak ada benda apa pun kecuali kesejukkannya. stesen minyak pun xdak, kami terpaksa beli petrol kat kedai runcit, regenya double puuuh. apa nak buat, kereta perlu diisi minyak, mahal pun kenalah beli.









Sunday, January 27, 2013

port dickson

25/1/13, aku, suamiku, anak keduaku herda bersama anaknya damia, anak keempatku herny. pergi bercuti relax relax di port dickson. kami menginap di hotel golden lexis water chalet, kerana anak ku herda, mahu aku dan abahnya memancing. chalet memang di atas air maka mudahlah kami membaling rod dari beranda bilik yang kami menginap. sampai di sana pukul 1.30 petang, tapi sebab ada bilik kosong, kami boleh check in walaupun belum pukul 3 petang.

Sampai sahaja di bilik, kami terus sembahyang jamak qasar kerana sudah masuk waktu zohor, habis saja solat, aku terus mula aktiviti memancing, air begitu tenang, menurut suamiku air sudah pasang, tapi tidak beralun langsung, ini bermakna ikan memang tidak aktiv mencari makan, kalau air tenang begini memang susah nak dapat ikan. memang benar kata suamiku, sepetang kami memancing haram satu ikan pun tidak dapat, apabila hampir maghrib, aku dapat sekor anak ikan kikik kecik konet, hahaha, geli hati pun ada\tengok ikan ni, kecik kan








Wednesday, January 9, 2013

pulau aman

pi pulau aman dengan suami, saja nak tengok tempat, besar ke pulau aman ni, rupanya, kecik je, rumah pun tak banyak, tak boleh bawa kenderaan langsung, kat pulau pulau orang tempatan naik basikal saja, depa nanti park kereta kat jeti pulau musang, naik boat, sekolah pun satu saja, walaupun pulau aman kecik tapi memang aman dan cantik. tak percaya mai lah pulau aman.