Saturday, July 16, 2022

balik muo 15/7/22

 Boring dok kat rumah makanab dan husband packed dan balik Muar. Balik sana nak makan makan saja. kami bermalam di hotel Oyo di tepi sungai, Hotel muar city. murah ja. cuma nak bermalam melepaskan penat seharian suami memandu dari Sungai Petani.

Kami sarapan kat kedai roti bakar, kedai 434. memang selalu kalau balik Muar mesti makan roti dan minum kopi di situ. Beli bawa balik roti bun atau maknab panggil roti manis dengan sekaya.

Pusing pusing tak tau nak pi mana, kami dok tepi mesjid, sementara nak tunggu waktu nak checkin pukul 2.00 petang. sambil berehat sambil ambil gambar mesjid dan pemandangan sungai kat situ.











Cantik kan. maknab menggunakan camera drsl Nikon D3100.

Hampir pukul 12.00 kami beredar dari kawasan mesjid menuju ke hotel, tapi masih belum check in kerana awal lagi. Maknab dan suami berehat di tepi sungai di mana tempat maknab dan suami dulu selalu memancing udang galah, memancing ikan duri malim kalau musim air kecil.