Monday, May 13, 2019

Balik muar

Sebelum puasa jalan jalan dulu balik kampung suami,  Muar, Johor.

Balik pun nak makan ja. Dua hari ja balik. Hari pertama tidor di hotel oyo muar city kat. Murah sangat rm46.84 saja termasuk tax. Booking melalui agoda. Jadi la hotel murah nak rehatkan badan. Bilik tak berapa besar. Dua katil twins. Katil pun besar juga. Walaupun bilik kecil masih ada ruang untuk solat. Kira okay la.

Tak ambik gambar pun cuma ada gambar suami sedang download ceramah sebab wifi kat hotel ni laju.

Satu ja gambar yang ambil kat hotel ni.

Hari kedua pindah hotel lain pula.
Hotel muar traders. Hotel ni pun kaknab dan suami banyak kali juga tidor kalau balik muar. Satu malam rm132 termasuk tax. Besar bilik hotel ni. Bilik air pun cantik ada breakfast lagi. Wifi boleh ja, tak berapa laju macam hotel oyo muar city.

Dari muar kami balik sungai lalang. Tak sampai 24 jam, suami kata jom pi kelantan.  Beg baju tak angkat keluar dari kereta lagi. Dah perderas pi KB pula.

Di Kota Bahru kami booking PCB resort. Sayang saja resort ni tak terurus, memang kecewa betul. Tak ramai orang sewa yang selalu datang pun jabatan kerajaan buat kursus. Patut pun tak ada orang ramai sewa.

Tempat memang cantik berhadapan laut. Bilik pun besar. Tapi kurang maintenance, pekerja pun kurang.



Dari Kota Bahru kami terus ke penang pila. Di Penang tinggal di hotel G Inn, Jalan Mclister. Hotel ni murah ja rm112 nett selepas discount 45%. Bilik yang cantik, yang penting wifi laju.