Monday, October 21, 2019

Banyak kali datang melaka

Masa post ni kaknab dok berehat atas katil kat hotel sentral riverview melaka.
Tidur semalam 21/10/19-22/10/19.

Bulan ni dan bulan sep dua kali datang dok hotel euro rich melaka. Hotel murah murah ja booking dalam agoda ada discount 50% lebih memang murah. Jadilah nak tidur rehatkan badan dan terus lagi perjalanan.

Hotel euro rich ok dekat dengan tempat makan. Tapi last yg stay bilik busuk. Cadar sarung bantal macam tak bertukar jenuh cekup hidung hehe. Nak tunggu siang, kamk sembur perfume bagi wangi sikit huhu


Thursday, September 26, 2019

Mai kota tinggi

Ni kali kedua kaknab mai kota tinggi. Kali pertama minggu sudah. Dok gila makan lauk belangkas. Boleh datang balik ke kota tinggi. Hihi

Yg pertama mai dok hotel oyo  heritage.
Ni pula hotel mayres. Masa dok post ni dok atas katil hotel lah sambil blogging. Kat hotel mayres dok dua malam.

Ingat nak pi jalan jalan pusing kota tinggi lah, alamak satu tempat ke satu tempat agak jauh. Cuma pi kat air terjun tapi tak masuk pun. Suami nak mai tengok sebab dulu masa dia remaja lah katakan, dia kerja kat lombong besi yang sebelah kota tinggi tu.a

Kota tinggi bandarnya tak sibuk langsung.
Seronok bawa kereta. Jadi dua kali makan lauk belangkas, dua kali makan kat kedai hasan ong. Sekali makan kat pizza hut kota tinggi semalam. Tak tau nak makan apa.











Monday, May 13, 2019

Balik muar

Sebelum puasa jalan jalan dulu balik kampung suami,  Muar, Johor.

Balik pun nak makan ja. Dua hari ja balik. Hari pertama tidor di hotel oyo muar city kat. Murah sangat rm46.84 saja termasuk tax. Booking melalui agoda. Jadi la hotel murah nak rehatkan badan. Bilik tak berapa besar. Dua katil twins. Katil pun besar juga. Walaupun bilik kecil masih ada ruang untuk solat. Kira okay la.

Tak ambik gambar pun cuma ada gambar suami sedang download ceramah sebab wifi kat hotel ni laju.

Satu ja gambar yang ambil kat hotel ni.

Hari kedua pindah hotel lain pula.
Hotel muar traders. Hotel ni pun kaknab dan suami banyak kali juga tidor kalau balik muar. Satu malam rm132 termasuk tax. Besar bilik hotel ni. Bilik air pun cantik ada breakfast lagi. Wifi boleh ja, tak berapa laju macam hotel oyo muar city.

Dari muar kami balik sungai lalang. Tak sampai 24 jam, suami kata jom pi kelantan.  Beg baju tak angkat keluar dari kereta lagi. Dah perderas pi KB pula.

Di Kota Bahru kami booking PCB resort. Sayang saja resort ni tak terurus, memang kecewa betul. Tak ramai orang sewa yang selalu datang pun jabatan kerajaan buat kursus. Patut pun tak ada orang ramai sewa.

Tempat memang cantik berhadapan laut. Bilik pun besar. Tapi kurang maintenance, pekerja pun kurang.



Dari Kota Bahru kami terus ke penang pila. Di Penang tinggal di hotel G Inn, Jalan Mclister. Hotel ni murah ja rm112 nett selepas discount 45%. Bilik yang cantik, yang penting wifi laju.



Sunday, March 31, 2019

Jalan jalan krabi thailand

Gambar2 banyak dah kaknab upload so sekarang kaknab cerita pula itinerary penuh di krabi.

Naik flight dari kl pukul 2.00 petang tapi flight delay sikit 2.20 baru bertolak. Sampai krabi airport pukul 2.00 waktu krabi. Perjaoanan sejam 20 minit.

Sampai di krabi ada van dari hotel menunggu. Kami tinggal di Pimann Buri Pool villa. Mengandungi 3 bilik tidur, pool, living room ada dapur. Kalau nak masak pun boleh.

Bilik memang cantik sangat. Harga boleh tengok dalam website. Semua dibayar oleh anak.

Sampai di villa berehat dulu. Sambil cucu cucu dengan tokwan berenang. Kolam dalam 1.55 meter. Tak ada kolam cetek untuk kanak2 tapi cucu berenang mengguna pelampung