Saturday, January 20, 2018

Avani sepang resort

Semasa kaknab post entry ni kaknab Berada di avani sepang resort.  Ini ada kunjungan yang kedua,  kunjungan yg pertama pada tahun 2015, anak sewa bilik 327 yg mengandungi bilik master dan satu lagi bilik deluxe. Kali kami dok bilik 536 suite yg mengandungi 3 bilik tidur.  Cukup la untuk kami tiga kelamin.

Dulu datang tak bawa rod,  kali ni bawa rod untuk memancibg,  tapi tak dibenarkan bawa masuk.  Kebetulan suami bawa rod panjang untuk mancing di muar,  nak sorok sorok pun tak boleh. Frust la tak boleh mancing.

Sebelum sampai kaknab ada beli buah nangka sampai kat lobi,  staff dia cakap tak boleh bawa masuk buah yang wangi macam nangka,  durian dll.
Jadi dah beli takkan nak makan perhabis kat luar,  dapat la sorok dalam beg tangan kaknab yang besar.

Staff kata tak  boleh bawa makanan,  tapi kami dah beli satay,  nasi pun anak ada bawa,  pandai pandai la nak sorok.

Bilik kali ni memang besar,  harga pun tinggi  tapi tak tahu anak tak cakap berapa. Kat balconi pun besar ada dua tilam dengan bantal peluk nak berehat,  nak tidur malam pun boleh, kalau datang ramai,  boleh tidur kat balcony juga.

Siang kamj makan apa yang kami bawa,  makan untuk malam kami order room service.  Malas nak keluar makan kat luar.  Okay juga makanannya, order western food ja.
Itu yang budak2 suka.

Bilik palimg cantik dan besar of course la master bedroom.  Lagi dua bilik deluxe katil king size,  yang lagi satu dua katil single,  katil single dia pun besaq.


Jom tgk gambar2 yang kaknab ambil.






 a








Gambar diatas menggunakan phone, Banyak lagi gambar yang diambil dengan camera nanti balik rumah boleh transfer, sebab tak bawa usb.