Sunday, November 1, 2015

Golden Sand Resort, Batu Feringgi, Penang

Semalam 31/10/15, anak kaknab sewa golden sand resort, batu feringgi, penang. Kaknab kata kat dia kalau nak bawa anak2 dia main pasir pantai, hotel tanjung bunga yang 2-3 bintang okay juga, dekat dan murah. Dia booking gokden sand resort batu feringgi, memang lah mahal hotel 5 bintang.

Kolam mandi pun ada 3, dia booking pula suite yang ada dua bilik. Kaknab, suami dengan anak satu, dia dan family satu suite. Sewa satu malam rm780. Dua bilik mau rm1560. Bagi kaknab mahal la kan. Apa pun terima kasih anak omak herda.

Nak cerita hotel golden sand ni, kaknab besa pi makan kawan belanja, kawan kaknab ni cikgu, masa tu tahun 1979, dia kata gaji pertama dia nak bawa kaknab, rasuna, faridah pi makan golden sand.  Masa tu golden sand baru buka. Kawan kaknab la ni pun dah pencen guru besar. Jadi nilah kali kedua kaknab mai golden sand.

Tudia 34 tahun dah hotel ni, tapi masih cantik lagi, semua cat baru. Mahal pula sewanya.

Jom kaknab upload gambar biliknya.

Pemandangan yang cantik.  Sib baik xdak jerebu.



Posing sikit


Katil king size.banyak bantal pula.



Ni yg extra bed

My husband la ni

 j










Tuesday, October 13, 2015

Hotel sentral seaview, tg bunga, penang

Sekarang knab berada di hotel central seaview, tg bunga. Sebenarnya hotel ni sebelah tg tokong je. Sempadan la kira tu.

kat sini ialah tempat kaknab dok main acilut, dok cari siput remis, knab kan dibesarkan di tg tokong. Tapi tempat ni banyak dah berubah.

Hotel central seaview dulu nama Hotel Naza. Dah tukar pulak jadi Sentral Seaview. Hotel 3 bintang. Ok juga hotelnya tak mahal sangat satu malam RM145 dengan gst. Ada sarapan untuk 2 orang.

Masa kami.menginap sebelah tu ada pembinaan hotel 36 tingkat. Kalau tahun depan siap lah hotel tu. Hotel yang sedang dibina ialah tapak Motel SriPantai. Kaknab memang tau sangat, sebab kaknab memang dibesarkan di tg tokong. Kalau masa zaman kanak2 belum ada hotel, kami senang saja nak pi pantai, mandi laut atau cari siput remis, sekarang kaknab tengok sejak hotel masuk ke pantai jalan hashim pun payah habis kena block.

Kalau nak ke pantai kena pergi melului tokong china tua pek kong, orangbtempatan tanjung tokong tahulah.

Apa pun xkisahlah jum tengok gambar yang knab snap


bergambar kat beranda belakang pantai yg nampak kolam tu ialah chinese swimming club


husband dengan s jibengnya

yang nampak flat kuning tu ialah flat 16 tingkat tg tokong

boleh nampak pangsapuri tanjung tokong, kat situ tapak rumah kaknab dolu dolu



Saturday, October 3, 2015

Avani sepang resort.

Sekarang ni knab berada di avani sepang resort. Hotel tengah laut. Tapi sayang tak bawa fishing road kalau tidak boleh mancing dari bilik tidor. Memang rugi sangat.

Bilik yang anak sewa no. 327, suite mebgandungi 2 bilik tidor, master room and delyxe room. Memang cantik. Harga tak tahu, anak bukan nak bagi tau kalau menginap hotel mana pun, kalau nak tahu juga kena google lah.

Jom kita tengok biliknya.



ni master bedrom king size bed


ni pula bilik twin bed




kaknab dengan cucu





tokwan dengan cucu

Sunday, May 31, 2015

Jalan Jalan ke kota baharu, kelantan

Masa kaknab post  entry ni kaknab berada di bilik tune hotel, jalan hamzah, Kota Baharu, Kelantan.

Kaknab memang suka ke kota baharu ni  dulu, kerana suasana yang ramai orang melayu. Pi makan kat mana fast food pun memang tak was was lagi guarantee halal. Sebab semua staff nya semua melayu. Macam tadi kaknab makan chicken rice shop.

Chicken rice shop ni terletak di  bangunan KB MALL, kota baharu, kelantan.





Lobby tune hotel

Pemandangan dari bilik hotel