Dari peserai tak berapa jauh, tapi jalan dia bengkang bengkok betul2 macam jalan nak pi batu ferringgi, penang, bila dah sampai kat sana, memang cantik temptnya, boleh juga memancing, tengok macam minat je.
kebetulan ada pula seorang pakcik iaitu penghulu kg sungai ayam, dia lah menceritakan serba sikit sejarah pantai minyak beku. banyak info yang kami dapat dari dia lebih2 lagi tempat makan yang sedap kat batu pahat. terima kasih tok penghulu ithnin maksum namanya. dari infonya dapat lah kaknab makan cendol kat setesen batu pahat. nanti kalau pi batu pahat nak makan restaurant asam pedas kat sungai bakong, dan roti canai sri gading. lain kali lah, esok dah nak balik sungai petani.
pak cik yang duduk baju putih tu lah pak cik ithnin maksum dok penghulu kg sungai ayam |
Amboi sedap menaip, lama dah kaknab tak menaip cepat macam ni, cerita sikit, untuk info semua kaknab kerja telex operator selama 20 tahun. dulu kaknab punya typing speed 80 wpm. kira kalau taip macam main piano. taip memang laju. apa taknya, kalau tak laju, hari hari banyak telex message yang kena hantar. Sekarang dah tak ada telex lagi. bahkan tapenya yang berlubang2 tu kaknab boleh baca. kalau nak tau telex boleh masuk blog kaknab "masih ku ingat lagi"
http://nostalgiakakzai.blogspot.com/ semua tinggal kenangan.