oleh kerana lama x masuk blog ni, hari ni kaknab update sikit.
hari sabtu 10/5/14, kaknab dan husband diajak oleh anak knab pi port dickson, dia ada hotel stay dengan staff dept dia. Kali ni, dok hotel Avillion admiral cove. Ok juga hotel ni, tanya dia berapa satu malam dia kata standard biasalah, bila knan check inet, bilik yg knab sewa tu around rm290, tupun dah offer. Patutlah bilik cantik dan besar, padan lah dgn harganya. Hari dua kali tido kat lexis lagi best sebab boleh layan mancing kat beranda atau balcony.
knab pi sana tdo saja, mlm pun tak keluar makan, sebab sebelum pi PD, dari muar, singgah Batu Pahat beli nasi briani. Jadi knab dgn husband makan nasi briani je. Anak knab pula keluar makan seafood kat PD dengan kawan2nya. Anak yang kecik Atin dok dengan maktok dan tokwan.
Keesokan hari Ahad, lepas buffe breakfast bawa cucu pi main pasir kat pantai, kerana hari Ahad, ramai lah orang kat pantai PD.