Thursday, October 16, 2014

pantai minyak beku batu pahat

malam ni terajin lah pula mengupdate macam macam blog kaknab. ni pula jalan jalan makan angin ke batu pahat. Lepas makan nasi briani kat peserai, kaknab ajak suami pi jalan kat pantai minyak beku, lama dah kaknab dok ajak dia. hari ni baru dia mau pi, bukan apa, boleh tengok tempat memancing sama.

Dari peserai tak berapa jauh, tapi jalan dia bengkang bengkok betul2 macam jalan nak pi batu ferringgi, penang, bila dah sampai kat sana, memang cantik temptnya, boleh juga memancing, tengok macam minat je.

kebetulan ada pula seorang pakcik iaitu penghulu kg sungai ayam, dia lah menceritakan serba sikit sejarah pantai minyak beku. banyak info yang kami dapat dari dia lebih2 lagi tempat makan yang sedap kat batu pahat. terima kasih tok penghulu ithnin maksum namanya. dari infonya dapat lah kaknab makan cendol kat setesen batu pahat. nanti kalau pi batu pahat nak makan restaurant asam pedas kat sungai bakong, dan roti canai sri gading. lain kali lah, esok dah nak balik sungai petani.










pak cik yang duduk baju putih tu lah pak cik ithnin maksum dok penghulu kg sungai ayam


cantikkan pemandangan pantai minyak beku.

Amboi sedap menaip, lama dah kaknab tak menaip cepat macam ni, cerita sikit, untuk info semua kaknab kerja  telex operator selama 20 tahun. dulu kaknab punya typing speed 80 wpm. kira kalau taip macam main piano. taip memang laju. apa taknya, kalau tak laju, hari hari banyak telex message yang kena hantar. Sekarang dah tak ada telex lagi. bahkan tapenya yang berlubang2 tu kaknab boleh baca. kalau nak tau telex boleh masuk blog kaknab "masih ku ingat lagi"
http://nostalgiakakzai.blogspot.com/ semua tinggal kenangan.


Sunday, May 11, 2014

bermalam di port dickson

oleh kerana lama x masuk blog ni, hari ni kaknab update sikit.

hari sabtu 10/5/14, kaknab dan husband diajak oleh anak knab pi port dickson, dia ada hotel stay dengan staff dept dia. Kali ni, dok hotel Avillion admiral cove. Ok juga hotel ni, tanya dia berapa satu malam dia kata standard biasalah, bila knan check inet, bilik yg knab sewa tu around rm290, tupun dah offer. Patutlah bilik cantik dan besar, padan lah dgn harganya. Hari dua kali tido kat lexis lagi best sebab boleh layan mancing kat beranda atau balcony.

knab pi sana tdo saja, mlm pun tak keluar makan, sebab sebelum pi PD, dari muar, singgah Batu Pahat beli nasi briani. Jadi knab dgn husband makan nasi briani je. Anak knab pula keluar makan seafood kat PD dengan kawan2nya. Anak yang kecik Atin dok dengan maktok dan tokwan.

Keesokan hari Ahad, lepas buffe breakfast bawa cucu pi main pasir kat pantai, kerana hari Ahad, ramai lah orang kat pantai PD.